Memandangkan negara kita masih lagi di tahap pembendungan wabak COVID-19, ramai yang sudah beralih kepada pembelian di atas talian. Selain lebih cepat, ia juga memudahkan seller untuk terus pos ke rumah masing-masing.
Disini juga ada peringatan buat sesiapa yang menggunakan Pos Laju sebagai syarikat kurier. Baru-baru ini syarikat tersebut telah mengeluarkan tarikh akhir untuk pengeposan barang.
“Kami menasihati para pelanggan agar menghantar awal bungkusan Pos Laju, mel dan kad ucapan sebelum atau pada tarikh akhir pengeposan di bawah, untuk penghantaran sebelum Hari Raya Aidilfitri”
Dibawah ini merupakan tarikh-tarikh yang dinyatakan mengikut kawasan.
Posted by Pos Malaysia Berhad on Friday, 30 April 2021
Tinggal beberapa hari lagi tu! Apapun, dalam kita mengejar persiapan raya, pada 10 malam terakhir ini eloklah kiranya kita perbanyakkan amal ibadah ya. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkatiNya dan dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Aamiin.