Hans Wong, bekas kekasih pelakon Tasha Shila memberitahu yang dia akan mendedahkan semua bukti mengenai serangan Tasha terhadapnya di Zouk melalui akaun Instagram setelah siasatan polis selesai.
Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu.
Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama.
Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut.
Menurut Hans melalui mStar Online, sikap agresif Tasha itu mengejutkannya kerana mereka tidak pernah bertemu setelah berpisah tiga bulan lepas. Baginya, sekiranya terdapat masalah Tasha sepatutnya bersemuka dengannya untuk mencapai penyelesaian.
Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah.
Saya kasihan kepada Carmen kerana dia tidak bersalah tetapi turut diserang pada kejadian itu.
Benar kami sudah putus cinta tetapi saya langsung tidak berdendam dan tujuan saya menyapanya hanya sebagai seorang rakan tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.
Mengakui Carmen ialah kekasihnya, Hans menceritakan semula kejadian itu:
Biarpun saya terkejut dengan sikapnya yang dingin tetapi saya tetap bertanya khabar sebelum berlalu pergi. Dia tiba-tiba datang ke meja dan serang teman wanita saya sebelum dua kawan lelaki saya cuba menenangkan Tasha. Namun dia pula bertindak menampar muka salah seorang kawan saya dan menyimbah air ke mukanya.
Rakan-rakan lain yang berang dengan perbuatan itu lalu menyimbah kembali air ke mukanya sebelum pengawal kelab datang menghalau Tasha keluar dari tempat berkenaan.
Ketika hendak pulang Hans mendapati keretanya dirosakkan kira-kira 20 orang lelaki. Ahli keluarga Tasha turut berada di situ mempersoalkan kejadian Tasha disimbah air, justeru Hans percaya ia ada kaitan dengan bekas kekasihnya itu.
Kata orang, berani kerana benar. Sekiranya Hans benar dianiaya tidak ada salahnya dia berusaha membersihkan namanya. Sama-sama kita doakan keadilan akan berpihak kepada yang benar.