August 21st, 2020

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 49 pada 20 Ogos 2020 semalam, pelakon Datuk Hans Isaas akui beliau mahu lakukan sesuatu yang berbeza pada sambutan kali ini.

Hans Issac Beri Bantuan Kemasyarakatan Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-49

 

Kata Hans, beliau dan rakan-rakan akan meraikannya dengan melakukan aktiviti sosial dan beramal.

View this post on Instagram

Today team #kitabudakampang decided to arrange a pre birthday celebration for me in a very different way. I was overwhelmed with emotions seeing so many individuals and family go through hard times. Engaging with the community really makes me reflect on life and gives me a different perspective. Be grateful, everyone. Let’s do what little we can to make a difference. Esok 20 Ogos 2020 adalah ulangtahun hari lahir saya. Amat berbeza dari kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini saya bersama rakan-rakan menjenguk kediaman masyarakat dan memberikan sedikit bantuan yang termampu. Saya sangat terkesan dengan cabaran yang dilalui dan sekaligus mengingatkan saya pada usia ini untuk terus prihatin kepada masyarakat yang memerlukan. #KitaBudakAmpang #HansIsaacOfficial

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

“Amat berbeza dari kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini saya bersama rakan-rakan menjenguk kediaman masyarakat dan memberikan sedikit bantuan yang termampu.”

Katanya, di usia kini adalah wajar untuk dirinya terus prihatin kepada masyarakat dengan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

Hans Issac Beri Bantuan Kemasyarakatan Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-49

“Mengingatkan saya pada usia ini untuk terus prihatin kepada masyarakat yang memerlukan.Sentiasalah bersyukur. Marilah lakukan dan sumbangkan walaupun sedikit kerana ia mampu memberi kesan kepada mereka.”

Niat murni Hans itu dikongsinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.

Hans Issac Beri Bantuan Kemasyarakatan Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-49

Dalam posting itu juga, pelakon filem Lemak Kampung Santan itu juga sempat memuat naik foto-fotonya sepanjang aktiviti amal tersebut dilakukan.

Difahamkan Hans bersama satu kelab kebajikan mengagihkan sumbangan dan melawat penduduk yang memerlukan. Semoga sifat murni Hans ini dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...