June 14th, 2017

Sudah beberapa kali Datuk Hans Isaac sebelum ini menyatakan hasrat untuk berkahwin dan akhirnya beliau sudah bertemu dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidup iaitu Gabriella Robinson. Pastinya ramai juga peminat yang ternantikan majlis perkahwinan beliau. Namun, menjadi persoalan mengapa tiada pihak yang ingin menaja perkahwinan Datuk Hans?

Sebenarnya, Datuk Hans sendiri yang menolak untuk menerima mana-mana tajaan kerana mahu menanggung segala kos perkahwinan dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Persiapan telah pun 70 peratus siap dan semuanya menggunakan duit saya sendiri tanpa sebarang tajaan. Boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah untuk majlis kahwin ini kerana ia merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya. Selama ini saya sudah bekera keras untuk semua ini, jadi saya tidak kisah jika perlu berbelanja banyak.  adi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja.

Terdahulu, Datuk Hans merancang untuk berkahwin pada 29 Julai ini tetapi majlis perkahwinan beliau terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang lain kerana bapa Gabriella tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...