Hans Isaac Sedia Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini?

Hiburan

Hans Isaac Sedia Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini?

Oh tidak~~~ Status selebriti pujaan ramai, Neelofa nampaknya akan bertukar daripada “single” kepada “married” pada hujung tahun ini. Berita gembira (mungkin sedih buat yang mahu mengorat Neelofa) disampaikan oleh Hans Isaac yang secara umumnya diketahui sedang bercinta dengan pelakon wanita tersebut. Untuk makluman, tahun ini Hans Isaac berusia 42 tahun sementara Neelofa pula 25 tahun.

hans isaac dan neelofa

Advertisement

Walaupun tidak menyebut nama Neelofa sebagai kekasihnya, kata-kata Hans Isaac ini membayangkan kesediaannya untuk bergelar suami. Kata Hans kepada Mstar Online:-

Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia. Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,

hans kahwin neelofa

Tak sabar rasanya menanti bulan Disember ini untuk melihat siapakah gadis yang akan bergelar isteri Hans Isaac. Adakah Neelofa seperti yang dijangkakan? Atau ada wanita lain yang bertakhta di hati Hans Isaac? Berdebar-debar pulak jantung ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

P.S: Pesawat MAS 192 pecah tayar hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...