Kisah percintaan Hans Isaac dan Neelofa sudah lama menjadi sejarah, tetapi nama mereka berdua masih lagi dikaitkan diantara satu sama lain dan ada beberapa pihak mengatakan Hans seolah mengelak untuk bertentangan mata dengan bekas kekasihnya ketika menjadi tetamu di rancangan Meletop kerana merasa janggal.
Namun, jelas Hans beliau tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan Neelofa sebaliknya mahu mengelakkan dirinya daripada menjadi bahan usikan Nabil pada malam tersebut.
Itu bukan kali pertama saya berjumpa dengan dia sebab sebelum ini kami pernah juga berjumpa dan masih sebagai sahabat.
Sepanjang temubual tempoh hari saya selesa cuma mungkin saya nampak seperti mengelak daripada memandang dia kerana setiap kali saya pandangnya, tak semena-mena saya rasa mahu ketawa. Lagipun, sebenarnya saya mahu mengelak daripada jadi bahan usikan Nabil sebab saya dapat rasa Nabil dan teman lain yang ada di situ ketika itu mesti cari peluang nak mengusik kami.
Jika anda mengikuti kisah percintaan Hans, pasti anda tahu beliau pernah berpacaran dengan beberapa selebriti popular sebelum ini, antaranya ialah Elaine Daly dan Erra Fazira. Bercerita mengenai kisah peribadinya, Hans mengakui sedang mengenali hati budi seseorang meskipun enggan memberitahu identiti teman wanitanya itu.
Saya sedang mengenali seseorang. Itu saja yang saya boleh katakan selebihnya saya tidak mahu dedahkan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu lagi terlalu berkongsi mengenai hubungan cinta. Saya tidak berbohong dan benar saya sedang kenali seseorang.
Kami rasa ramai yang ingin melihat Hans Isaac bahagia dalam percintaan dan akhirnya bertemu dengan teman hidup yang sesuai. Harapnya hubungan kali ni berkekalan dan semoga hasrat Hans untuk berkeluarga tercapai.
Sumber Berita: Malaysian Digest