Hans Isaac Kembalikan Semula Semua Gaji Dan Elaun Daripada FINAS

Hiburan

Hans Isaac Kembalikan Semula Semua Gaji Dan Elaun Daripada FINAS

Nekad mahu mengembalikan semula ke semua gaji dan elaun yang diterimanya sepanjang 13 bulan berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac akui tidak mahu mengambil satu sen pun daripada bayaran yang diterimanya.

hans isaac finas

Advertisement

Menurut Hans, beliau sedia untuk memulangkan kembali duit berkenaan kepada semua penggiat seni yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan bersikap pilih kasih malah akan mengagihkan wang berkenaan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tidak kira sama ada krew, jurusolek atau individu di belakang tabir.

Hans bagaimanapun turut menyatakan yang dirinya sudah lama menyimpan hasrat berkenaan sejak mula memasuki FINAS.

Hal ini demikian kerana, pada awalnya lagi beliau difahamkan memang tidak mahu apa-dapa daripada FINAS termasuklah gaji dan elaun yang diberikan.

“Jadi kalau ada yang memerlukan boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat COVID-19.”

hans isaac finas

Terdahulu, kontrak jawatannya sebagai Pengerusi Finas telah ditamatkan pada 23 Mei lalu selepas kira-kira setahun dilantik pada 8 April 2019.

Namun tahta jawatan itu digantikan oleh pemegang Sarjana Perancangan Bandar daripada California State University, Amerika Syarikat, iaitu Zakaria Abd Hamid yang juga ahli perniagaan dan aktivis masyarakat.

Malah, Presiden Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim juga diangkat sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...