Nampaknya program Bersamamu telah membuka mata ramai pihak yang mungkin selama ini tidak menyedari masalah kesempitan hidup dan penyakit yang dihidapi oleh pelakon cilik, Puteri Balqis. Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadapnya dan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.
Pihak Finas juga tidak terkecuali ingin meringankan beban yang ditanggung oleh Puteri Balqis dan ibunya.
Datuk Hans Isaac, selaku Pengerusi Finas menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya telah berkongsi dengan umum bahawa pihaknya sudah merancang beberapa projek bersama puteri Balqis.
Hans turut mendedahkan, menurut sumber daripada Media Prima, sumbangan yang diterima oleh Puteri Balqis kini sudah mencecah lebih RM100,000. Malah, kesemua buku puisi juga sudah habis dijual.
Difahamkan, dengan wang tersebut ibu Puteri Balqis berhasrat mahu menghantar anaknya ke sekolah dan mahu dia mengikuti kelas Bahasa Inggeris.
Sesungguhnya ramai insan berhati mulia yang tampil membantu dan semoga dengan dana yang sudah berjaya dikumpulkan ini dapat memberikan sinar harapan baru buat Puteri Balqis.

Anonymous
January 17, 2020 at 4:55 pm
100k tu byk..bukak gerai burger..rm100 1 mlm dlm tgn..
Modal pun xbesar..jgn sbb ank pelakon semua nk guna kudrat ank cari duit
Duit jual buku boleh buat modal beniaga..
Anonymous
January 17, 2020 at 1:18 pm
Xpaham. Kata xmampu, tp nak anta ank sekolah hebat, british council bagai. Kelas piano bagai. Xmampu buat caraxmampu. Sekolah je la kerajaan. Pebenda tah. Aku xsuka tlg org gini.
nanasheme
January 16, 2020 at 11:24 pm
kalau dia mampu sambung balik pengajian kat British Council, maknanya dia mampu je lah kan nak buat rawatan. Ke duit sumbangan tu dia guna untuk sambung pengajian?