Baru sahaja mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan bekas ratu cantik, Â Aileen Gabriella Robinson tidak lama lagi, Datuk Hans Isaac ditimpa dengan ujian yang agak berat dan menjatuhkan maruah beliau serta Gabriella apabila ada seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menuduh Gabriella berlaku curang dengannya. Lelaki berkenaan dalam status laman sosialnya mendakwa, beliau merupakan teman lelaki Gabriella dan kedua-dua mereka saling berhubung antara satu sama lain sehinggalah dua hari lepas.
Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Hans menerusi akaun Instagramnya menjelaskan perkara sebenar kepada umum.
Menurut Hans, Â hubungan Gabriella dan lelaki berkenaan sudah lama berkakhir dan segala apa yang ditulis di laman sosial hanya cubaan untuk mencari perhatian ataupun publisiti murahan dan sengaja ingin memburukkan nama bakal isterinya itu.
Hmmph, bersabarlah Hans mungkin ini dikatakan dugaan orang yang hendak berkahwin. Sebab itulah pentingnya kepercayaan didalam hubungan kerana memang akan ada orang yang tidak puas hati melihat kita bahagia dan cuba untuk memburukkan pasangan kita. Salute kepada Hans yang tidak melatah dengan isu ini dan tampil menjelaskan perkara sebenar.