Hans Isaac Bakal Bertanding Di PRU15?

Hiburan

Hans Isaac Bakal Bertanding Di PRU15?

Selepas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, PKR kini difahamkan tidak mempunyai wakil rakyat di kerusi Parlimen Ampang.

Advertisement

Susulan itu, nama Datuk Hans Isaac mula disebut-sebut dan dikatakan bakal bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Menurut Hans, ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu mengangkatnya sebagai calon atau tidak. 

Hal ini demikian kerana, objektifnya hanyalah mahu membantu masyarakat di sekitar Ampang.

“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang. Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang.”

Dalam pada itu, Hans juga dilihat tampil menzahirkan ideologinya di mana politik negara kini khabarnya memerlukan calon muka baru kerana ketika ini ia didominasi oleh ramai ahli politik yang sudah berusia.

“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik. Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.

Selain mahukan perubahan untuk masa hadapan, Hans yang mempunyai pasukan yang dikenali sebagai “Kita Budak Ampang” menegaskan rakyat kini tidak harus berputus asa dan harus bijak dalam memilih pemimpin yang berwibawa.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...