Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kini dilihat seakan tampil menyeru Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) supaya berhenti mengadakan sidang media harian andai tiada sebarang pengumuman substanstif yang mampu membantu rakyat.
Hal ini demikian kerana, Hanna menerusi satu kenyataan yang dikeluarkannya menegaskan, sidang akhbar bukanlah tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.
Saya gesa @IsmailSabri60 hentikan sidang media harian beliau kalau tidak ada pengumuman substantif membantu rakyat. Sidang media bukan untuk mempromosikan baju atau pameran rak beliau. Semakin banyak yang diumumkan, semakin keliru orang awam dibuatnya!https://t.co/jV8Lai716Y
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) October 21, 2020
“Ini kerana semakin banyak yang diumumkan, orang awam menjadi semakin keliru. Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunuh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para menteri akan melakukannya!”
Ujarnya lagi, beliau juga dilihat tidak ketinggalan menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memuktamadkan semua prosedur operasi standard (SOP) sebelum dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan.
Ujar bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi, SOP panduan bekerja dari rumah (BDR) yang diumumkan sebelum ini terlalu umum dan sangat mengelirukan sekali gus mampu mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutama sekali buat komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.
“Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini. SOP yang kabur dan mengelirukan turut menyukarkan pegawai penguat kuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan dalam kalangan orang awam,”
Dalam pada itu, Hannah yang popular dengan sikap profesionalnya juga dilihat tampil mengutarakan pendapat supaya kerajaan tidak mengenakan denda kepada mereka yang didapati keliru dengan SOP yang dikeluarkan dua Menteri Kanan iaitu Ismail Sabri dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ministers must have good managerial skills. When we have Ministers who have never worked in the real marketplace making decisions (coupled with yes-sir assistants), one announcement can throw the nation into chaos. If Covid doesn't kill the economy, their incompetency will!
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) October 21, 2020
Dedahnya, menteri yang bertanggungjawab harus segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah sesuatu yang baru.
“PKP bermula sejak bulan Mac lagi, saya cuma mahu mengingatkan mereka (menteri berkenaan) yang masa untuk berbulan madu telah pun tamat,”
Sumber: Sinar Harian