Hannah Delisha Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Suami Kini Bergolak – “Kami Sebenarnya…”

Hiburan

Hannah Delisha Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Suami Kini Bergolak – “Kami Sebenarnya…”

Pelakon Hannah Delisha menafikan dakwaan kononnya rumah tangganya bersama suami, Imam Shah, sedang bergolak.

Menurut Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, kekeliruan itu berkemungkinan timbul kerana pihak hotel tidak mengetahui nama sebenarnya. Jelasnya, tempahan hotel berkenaan dibuat oleh suaminya sebagai satu kejutan.

Advertisement

“Lah, yang booked bilik itu Imam, dia book atas nama saya. So for some reason saya rasa hotel tidak tahu jadi mereka letaklah Miss Hanna, itu sahaja sebenarnya.”

“Kami sebenarnya sambut tahun baharu sama-sama, cuma yang booked Imam. Ia sebenarnya adalah kejutan dan saya tidak tahu mengenai perkara tersebut. Dia mungkin booked hotel itu atas nama saya dan nama saya bukan Hannah Delishalah dalam tu jadi saya rasa mereka tidak tahu. That’s why they ah call it… call me as ah, Miss Hanna,” katanya.

Hannah berkata demikian ketika ditemui di acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026 pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Andai Itu Takdirnya mengakui dirinya lebih selesa untuk berdiam diri daripada menjelaskan secara terperinci hal kehidupan peribadi kepada umum.

“Saya rasa pengikut saya tahu yang saya tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi melainkan pasal kerja. Tapi kadang-kadang saya akan kongsi sahaja selain kerja. So itulah, kita pun nak New Year juga kan. Tapi, simple-simple je, kat dalam hotel, chill, gim, makan. Banyak makan jelah sebenarnya.”

Terdahulu, seorang pengikut mempersoalkan status rumah tangga Hannah selepas dia berkongsi gambar bercuti di sebuah hotel mewah baru-baru ini.

Untuk rekod, Hannah dan Imam disatukan dalam sebuah majlis kecil-kecilan yang berlangsung secara tertutup di Singapura pada 18 Februari 2021, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
2026-01-18 10:29:38

Jual Coli 'Preloved' Harga RM5,800, Zarina Anjoulie Tak Kisah Kena Kecam - "Aku Cari Duit, Bukan Cari Kawan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...