Written by Bella | November 17th, 2017

Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mempunyai 1.9 juta  jumlah pengikut di akaun Instagramnya. Malah, Hanis juga antara selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai. Oleh itu, pasti setiap aktiviti mereka anak beranak akan diperkatakan oleh netizen termasuklah cara Hanis membesarkan Yusuf.

Walaubagaimanapun, Hanis tidak kisah dikritik dan dikecam netizen kerana sebagai ibu beliau tahu apa yang terbaik buat anaknya.

Saya sudah terbiasa dengan komen-komen netizen yang sentiasa tidak kena di mata mereka dan ada sahaja topik yang ingin diperkatakan. Nak cakap apa pun, cakaplah. Kami tak pernah kecil hati dengan komen orang luar dan kami tahu apa yang terbaik untuk Yusuf.

Hanis memang suka berkongsi tips ataupun teknik penjagaan bayi melalui akaun Instagramnya. Ia bukan sahaja untuk menjadi rujukan orang lain tetapi buat dirinya juga pada masa depan.

Selain berkongsi ilmu dengan orang lain, mungkin satu hari nanti bila saya dah ada anak kedua, saya boleh baca semula apa yang saya kongsi di laman sosial. Nanti kalau dah terlupa cara penjagaan bayi, boleh cari di Instagram sendiri.

Kalau hendak fikirkan kata-kata negatif orang luar, memang boleh tertekan dibuatnya. Lagipun, apa yang dikongsikan Hanis mengenai penjagaan bayi bermanfaat juga untuk orang lain bukan? Janganlah terlalu mengkritik cara seseorang itu membesarkan anak mereka kerana kita sendiri belum tentu sempurna.

Sumber Berita : mStar Online

41 responses to Hanis Zalikha Tidak Kisah Netizen Kritik Dan Kecam Caranya Membesarkan Anak

  1. Mak Becok says:

    Laki minah ni kaki cukur ke? Job semakin kurang, hidup dengan cukur duit bini. Modus Operandi kebanyakan laki Melayu

    3

    31
    • Anonymous says:

      nak becok pun berfakta lah sikit. Hairul kan ada bisnes2, berlakon evo 2 lagi. aku bukan fan diorang tp aku menyampah orang knon2 becok tapi tak tau ape. puih

      58

      0
    • Sisturnina says:

      Berkepuk2 duit hairulazreen ni. Yg menumpang senang si hanis ni. Business malead, pusat games, studio drama..semua hairul punya.hanis jual tudung, gincu dengan collagen jer.

      13

      1
    • Hani says:

      Beliau baru jadi duta 100 plus. Beliau sendiri jutawan selepas menang Fear Factor. Nak becok tapi tak kena tempat

      13

      0
  2. biase je says:

    x lh comel manapun, yg penting sihat dn cukup sifat. Bayi biasa2 je. Tgok pun mana ada geram.

    9

    22
    • Random says:

      oh my goodness..apela perasaan hanis kalau nampak comment mcm gini..seriously mcm xde adab langsung la..kalau depan2 berani x ckp mcm tu? dan apela perasaan kau bile tulis ni kan..hati jenis mcm mane..i seriously wonder sgt2..mesti hati mcm busuk gile kan..

      12

      2
      • biase je says:

        ini bkn busuk hati, tapi cakap lurus bendul, bayi dia biase je, bkn comel, tapi BUKAN KUTUK CACAT..hokeyyyy…ada fhm ke. Budak tu sempurna. Budak tu biase je. Tembam tu perkara biasa.

        20

        0
      • Anonymous says:

        Tak semua baby budak kecil comel. Trust me, the parents also knew.

        7

        0
  3. nok gebuzzz says:

    tang mn yg masalahnyer…aku tgk ok jer cara dia layan yusuf,haters yg x suke tu pon tah2 dyorg yg suke like ig yusuf…

    12

    0
    • Fidot says:

      Aah, aku rs ok je dia layan anak dia. Slalu masakkan sendiri utk anak dia smpi tembun si yusuf tu. Tp satu je aku x berkenan. Laki dia ni mcm forever poyo. Dari zaman dulu smpi dh kawen poyo. aku tgk Hanis relax je, tp laki dia jenis nk tunjuk body bagai. Muscle ko tu tunjuk kt bini jela Hairul oi…

      6

      1
  4. nek nani says:

    tipu la xkisah dgn komen netizen .. ak kna block dgn bpk si yusup ni lps komen kt ig usup .. acah2 je couple ni ..sentap kaki block ..yg kna block dgn si hanis pon rmi ..poyo jer

    5

    31
    • Anonymous says:

      Haha.. Melantun kena block.. Padan la dgn muka ngko..

      87

      0
    • aku says:

      ko kena block bukan sebab bapak dia poyo..tp bapak dia amik tindakan bijak hapuskan virus2 -ve dlm IG anak dia.. ko post benda buruk..org lain yg bertelagah..ko mcm xtau org2 malaysia ni…yg hentam tu sorang aje..tp yg bergaduh tu sampai 1000 orang… ape hal.. x elok untuk budak2..dah besar kan..tu pun tak paham2

      8

      0
    • Anonymous says:

      point nya.. .biarpun HH kata tak kisah, mereka sebenarnya kisah sampai block orang.

      1

      0
  5. Yawn says:

    pardon me, who are they?

    4

    25
  6. zeti anna says:

    Ok.. elok je dia jaga ank dia..masing2lh kan cara nk membesarkn ank..asalkn x didera ank tu sudahlh..betullh tu buat bodoh je lh hanis..

    #sukanakecilciumubunbausurga

    5

    1
  7. Anonymous says:

    anak dia x comel pun pada aku..tahap biasa2 je..

    9

    4
  8. azalea says:

    bukn typical… agak2 la nak Tanya who are they. bersepah citer pasal dorg especially anak dorg. kalau dah biasa masuk BN ni…tak kenal hanis ni…mmm…pelik jaa

    2

    2
  9. Kedondong says:

    Aku suka hanis ni…sebab pandai bawak diri. Masuk geng kg segambut boleh, kg serdang boleh, geng atasan mcm viviyusop pun boleh. Dengan kawan2 budak segamat pun dia still baik. Org kata nak tengok org tu sombong ke tidak…bila dah berjaya, kawan2 Masa susah dia still hang out. Jangan jadi mcm bini bossned…kawan Komen dia cepat naik angin.

    7

    4
  10. anonymous says:

    wekk ugly baby

    2

    0
  11. Anonymous says:

    Tiap yang di jadikan Allah tu cantik. Bersyukur lah.

    1

    0
  12. hamis jalika says:

    like this couple

    0

    2

Leave a Comment

Optional