Hanis Zalikha sebelum ini agak aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan, namun semenjak beliau mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, agak jarang sebenarnya kita dapat lihat kelibat Hanis di kaca televisyen. Mula lah ada pihak yang berspekulasi dan turut mempersoalkan adakah Hanis dikongkong oleh suaminya Hairul Azreen?
Menurut Hanis, suaminya sering menyokong kerjaya beliau. Hanis juga masih menerima tawaran berlakon dan mengacara. Walaubagaimanapun, buat masa ini Hanis ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarganya terlebih dahulu.
Tawaran untuk kembali ke lokasi drama dan juga pengacaraan masih ada. Begitupun, dengan kekangan masa dan tumpuan sepenuhnya terhadap Yusuf selain untuk menguruskan perniagaan saya terpaksa menolak dengan berat hati. Ketika ini keutamaan saya memang lebih kepada keluarga. Pada masa yang sama tidak timbul soal saya dikongkong suami kerana keputusan yang datang itu diputuskan secra perbincangan bersama.
Tidak keluar televisyen bukan bermakna Hanis dikongkong suami. Rezeki datang dalam pelbagai cara, perniagaan Hanis pun boleh tahan sambutannya daripada peminat bukan?