May 31st, 2015

Tentu sekali wujud rasa berdebar didalam hati Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang bakal bergelar suami dan isteri pada hari Jumaat ini di kediaman keluarga beliau di Bukit Jelutong.

Bermula sebagai seorang blogger dan kemudian mendapat beberapa tawaran dalam bidang seni, Hanis berharap agar majlis pernikahan serta majlis resepsi yang diadakan tanggal 14 Jun depan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

Hanis juga mengakui teruja untuk menjalani hidup bersama setelah sah bergelar suami isteri pada bulan Ramadhan serta menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.

Saat untuk bergelar isteri ini sudah saya nantikan sekian lama. Paling penting dapat bersatu dengan orang yang kita cintai.

Saya tidak sabar untuk membina rumah tangga dengannya. Ia fasa baharu yang akan kami tempuhi bersama. Malah kami bersatu sebelum Ramadan tiba dan pastinya keterujaan untuk menyambut bulan puasa dan Aidilfitri kelak sudah mula dirasai.

Pasangan ini telah memberikan kepercayaan kepada pereka fesyen Rizalman Ibrahim sebagai perancang perkahwinan mereka. Hanis akan mengenakan busana rekaan Zery Zamry pada majlis akad nikah dan baju rekaan Rizalman pada majlis resepsi nanti.

Hairul  telah melamar Hanis secara langsung pada 4 Januari lalu menerusi siaran langsung pertandingan realiti Gegar Vaganza anjuran stesen televisyen swasta Astro. Mereka kemudian mengikat tali pertunangan pada 21 Mac 2015.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...