Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Mengaku Tidak Mengundi

Sering berkongsi perkembangan mereka sekeluarga di Instagram, ramai yang mempertikaikan mengapa pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berkongsi foto jari mereka dengan dakwat kekal ketika hari mengundi PRU 14 pada 9 Mei lalu.

Advertisement

Hanis dan Hairul teruk juga menjadi mangsa kecaman netizen yang menganggap mereka tidak ada rasa tanggungjawab kepada negara tercinta ataupun menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Hanis akhirnya mengakui beliau dan Hairul tidak keluar mengundi kerana terikat dengan komitment kerja.

Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi. Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat.

Advertisement

Sedih kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada tahun ini, Hanis berjanji mereka akan mengundi di PRU akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. Alanice

    May 20, 2018 at 1:17 pm

    Xkisah r nk undi mne2 parti pn, point skrg krg x kuar mngundi sbb jakel. Buto la nk wt alasan plak. Yg komen atas2 ni x mrh krg sbb diorg pn xmngundi pastu pndai2 judge. Buto la smue, lalang babi

  2. Anonymous

    May 20, 2018 at 10:23 am

    move on….next time pergi mengundi. jangan malas2 ya.

  3. Anonymous

    May 20, 2018 at 9:53 am

    x jadi kesalahan jenayah kot x mengundi. itu pun nk kecoh. yg salah korang mgundi barisan dacing tu. yg salah mcm kes tony fenandes tu. mula2 sokong bn….bila dah ph menang baru minta maaf. tu memang kena ketok…mcm ular.

  4. Anonymous

    May 20, 2018 at 9:30 am

    Contoh sampah masyarakat ….

  5. Yekeni

    May 20, 2018 at 1:45 am

    Oh so, everyone yg terlibat dlm sesi jakel tu semua tak mengundilah? Photographer, makeup artist, hair stylist, etc, etc…. Ya, pakaian untuk raya lebih important.

    What a stupid stupid excuse. I cannot absorb… i kenut!

    • Anonymous

      May 21, 2018 at 8:44 pm

      Betul..macam pelik je krew tak pegi ngundi..diorg bukan shooting luar kl pun and masing2 address sure dekat..1 shah alam…1 serdang..
      Tak register tu ngaku je la

Loading...
To Top