Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Mengaku Tidak Mengundi

Sering berkongsi perkembangan mereka sekeluarga di Instagram, ramai yang mempertikaikan mengapa pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berkongsi foto jari mereka dengan dakwat kekal ketika hari mengundi PRU 14 pada 9 Mei lalu.

Advertisement

Hanis dan Hairul teruk juga menjadi mangsa kecaman netizen yang menganggap mereka tidak ada rasa tanggungjawab kepada negara tercinta ataupun menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Hanis akhirnya mengakui beliau dan Hairul tidak keluar mengundi kerana terikat dengan komitment kerja.

Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi. Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat.

Advertisement

Sedih kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada tahun ini, Hanis berjanji mereka akan mengundi di PRU akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. Rafidah

    May 20, 2018 at 1:18 am

    ingatkan bn akan menang tipis.x sangka ph sampai boleh bentuk kerajaan baru. kemenangan paling bergaya dlm sejarah politik msia. tahniah yg mengundi. saya tidak ingat si jib tu nk menang lagi. pru skan dtg mesti undi kuburkan umno buat selama-lamanya!

  2. Anonymous

    May 20, 2018 at 1:11 am

    Kesilapan besar umngok

    1.Biarkan menteri mereka berlagak samseng.
    2.Create org2 bodoh utk serang pembangkang (kerajaan kini)

    Mereka tak sedar daripada mereka seronok menyerang (kerajaan kini) hari2 masuk tv3 membuatkan rakyat makin meluat!

  3. Anonymous

    May 20, 2018 at 1:03 am

    dato dato umngok semua ,,dah boleh la “blah,..kami tak boleh terima kepimpinan mcm dato & the geng lagi,..terlalu korup,..cakap lain buat lain,.sehingga ke tahap menghina,mentang2 duit banyak.,maruah dato n geng je yg dato fikir,..maruah kami rakyat yg bawah2 ni dato sangkut kat mane,..dah jadi mcm ni ha,..baru padan muka,. kan..

  4. Anonymous

    May 20, 2018 at 12:55 am

    PRU 15 pakat2 lah keluar mengundi. Kuburkan terus parti keris tak bersarung tu…
    Sudah tak relevan, harapkan melayu utk membela tanah melayu, tetapi melayu itulah yg menjual negaranye pada china, malah disonglapnye aset2 negara tanpa rasa malu, diludah2nya bangsa sendiri bila ditegur. Pulak bini2 beli hangbag Hermes mcm beli goreng pisang! Rakyat dikerah bayar cukai. Pemimpin apa gitu wei?

  5. Bawang comel

    May 20, 2018 at 12:52 am

    Kita pun tak payah la kuar tgk cite paskal…bukan dah diperuntukkan hari tersebu untuk off day..pls no more excuse..

    • Podah

      May 20, 2018 at 10:02 am

      Dah la nak tgk pon kene bayar ye dok. X pyh la susah2 gi tgk pascal nih

Loading...
To Top