May 19th, 2018

Sering berkongsi perkembangan mereka sekeluarga di Instagram, ramai yang mempertikaikan mengapa pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berkongsi foto jari mereka dengan dakwat kekal ketika hari mengundi PRU 14 pada 9 Mei lalu.

Hanis dan Hairul teruk juga menjadi mangsa kecaman netizen yang menganggap mereka tidak ada rasa tanggungjawab kepada negara tercinta ataupun menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat.

Advertisement

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Hanis akhirnya mengakui beliau dan Hairul tidak keluar mengundi kerana terikat dengan komitment kerja.

Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi. Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat.

Sedih kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada tahun ini, Hanis berjanji mereka akan mengundi di PRU akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.

Sumber Berita : Astro Awani

Advertisement

48 responses to “Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Mengaku Tidak Mengundi”

  1. Anonymous says:

    sembang lebih elok lepas PH menang, dan2 la si hairul ni upload pic dia jumpa tun M dkt london. alahai… propa kuat. kalau dah ralat, simpan la rasa malu sikit bila dah terpaksa tak laksanakan tgjawab tu.

  2. Pemerhati says:

    So skrg ni JAKEL tak perihatin lah yer? Lain kali jgn bnyk sgt update. Kan dh kantoi!

  3. mak cute says:

    dah la x mgundi buat caption ala2 ko pengundi PH…dan2 la tempek kat IG gmbr video Tun M…bila dah menang plak baru la melalang….laki bini dasar bodek..

  4. aku says:

    aku pn x mengundi…..sorang kl sorang melaka…..sorang keje shif…..x kejar2 masa………….sorang kena mengalah….

Loading...