Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Mengaku Tidak Mengundi

Hiburan

Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Mengaku Tidak Mengundi

Sering berkongsi perkembangan mereka sekeluarga di Instagram, ramai yang mempertikaikan mengapa pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berkongsi foto jari mereka dengan dakwat kekal ketika hari mengundi PRU 14 pada 9 Mei lalu.

Advertisement

Hanis dan Hairul teruk juga menjadi mangsa kecaman netizen yang menganggap mereka tidak ada rasa tanggungjawab kepada negara tercinta ataupun menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Hanis akhirnya mengakui beliau dan Hairul tidak keluar mengundi kerana terikat dengan komitment kerja.

Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi. Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat.

Sedih kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada tahun ini, Hanis berjanji mereka akan mengundi di PRU akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...