Hanif Zaki Akui Sukar Untuk Memikat Anzalna : Tidak Halang Anzalna Untuk Terus Berlakon

Hiburan

Hanif Zaki Akui Sukar Untuk Memikat Anzalna : Tidak Halang Anzalna Untuk Terus Berlakon

Selepas 10 tahun berkenalan, akhirnya pasangan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah di Hotel Seri Pacific, Petaling Jaya.

Majlis pernikahan mereka boleh dikatakan tidak begitu serabut dengan perhiasan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif.

Advertisement

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Hanif memberitahu Anzalna bukanlah seorang wanita yang mudah untuk dipikat. Mula berkenalan tanpa bertentang mata melalui laman sosial My Space, hubungan mereka terputus seketika selepas Anzalna berpindah ke Australia.

Dia adalah wanita yang paling susah untuk dipikat, saya mengenali dia menerusi laman sosial My Space sekitar tahun 2006 dan pada mula memang dia tidak berminat dengan saya.

Namun lama kelamaan dia menerima saya sebagai kawan dan kami berbual hanya di ruangan berbual maya MSN dan selepas itu kami terputus hubungan kerana dia bersama keluarganya berpindah ke Australia.

Walaubagaimanapun, kalau sudah jodoh tidak kemana, Hanif sekali lagi cuba membuka langkah untuk memikat Anzalna dan berhubung semula melalui Facebook sebelum mereka berjumpa buat kali pertama.

Saya jumpa semula dia di laman sosial Facebook dan kami berkawan semula sehinggalah dia menerima pelawaan saya untuk bertemu buat kali pertama. Masa itu dia minta saya datang bertemu dengan dia bersama pelakon-pelakon lelaki yang lain kerana dia baru lepas fotografi, agak berdebar juga ketika itu, maklumlah mereka semua terkenal.

Namun saya kuatkan hati, ketika saya ke Pavillion tempat mereka, dia sudah pun bergerak ke lokasi lain. Selepas itu dia minta saya ke restoran lain pula.

Anzalna memberitahu beliau bersikap untuk jual mahal pada mulanya kerana tidak begitu percaya dengan lelaki, tetapi sikap Hanif yang kelihatan begitu serius dalam perhubungan mereka membuatkan Anzalna lembut hati.

Berbicara mengenai perancangan Anzalna selepas kahwin, aktres itu memberitahu beliau akan lebih berhati-hati dalam berpakaian dan tidak mahu terlalu seksi.  Anzalna juga tidak akan berhenti berlakon kerana suaminya tidak pernah menghalang beliau dalam kerjaya lakonan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...