July 2nd, 2009

satu siti

Konsert Siti Nurhaliza yang baru berlangsung baru-baru ini rupanya ada banyak komen-komen dari wartawan dan para artis.

Jika tengokkan dari gambar-gambar, memang mantap. Baju-baju untuk konsert ni pon dengarnya lebih kurang RM38,000 dan RM68,000 yang disponsor oleh Jakel & satu lagi designer terkenal.  Ada pulak satu baju ni telah dicancel saat akhir sebab kaler cekelat nya tak sesuai. Dengarnya deorang suruh designer tu buat sehelai baju baru yang lain dalam masa satu hari. Walaupon kata designer, Siti ni taklah cerewet, cuma bila konsert eksklusif begini, kenalah memilih sikit kan.

So bab baju  memang tip top abis lah. Cuma ada satu komen dari Kak Ifa Raziah (yang top dgn cerita Rahsia Hati tuuu) yang agak berdesing jugaklah telinga peminat Siti dengar.

Persembahan Siti biasa-biasa aja. I pernah tengok yang lebih power dari Konsert Siti. Tapi tak dinafikan suara Siti memang mantap.

Tapi selain Kak Ifa ni, The Sun pon komen pedas jugak

Siti memang boleh nyanyi, tapi bukanlah penghibur. Penari back-up pulak outdated, kurang menghiburkan.

Nampak gaya Siti perlu lebih pandai mengambil hati penonton,kena ada komunikasi, lawak-lawak sikit. Mungkin juga team pengurusan Siti patut buat kerja lebih sikit. Kenalah profesional sikit.

satu siti 2


Comments are closed.

Loading...