Hangat Bercinta Dengan Dini Schatzman, Janna Nick Akui Kini Berubah Lebih Feminin

Hiburan

Hangat Bercinta Dengan Dini Schatzman, Janna Nick Akui Kini Berubah Lebih Feminin

Hati semakin berbunga dipenuhi rasa cinta dan bahagia, aksi mesra pasangan Janna Nick dan Dini Schatzman sering mencuri tumpuan ramai. Setiap muat naik di akaun Instagram memang ‘bersemut’ habis, terserlah kehangatan cinta yang membara.

janna nick dini schatzmann

Advertisement

Umum mengetahui, Janna sebelum ini sinonim dengan karakter ala-ala ‘tomboy’ dan fesyennya juga lebih kepada kasual dan ‘sempoi’, serta gemar melakukan aktiviti lasak.

Namun, sejak akhir-akhr ini, ramai juga yang perasan penampilan Janna tidak seperti dulu lagi. Malah, Janna sendiri mengakui dia sudah banyak berubah sejak bercinta dengan Dini.

Malah, lebih ‘sweet’ lagi apabila Janna turut menyifatkan Dini sebagai seorang lelaki yang sangat menghormati wanita dan melayannya dengan baik sekali sehingga dia boleh berubah menjadi wanita lemah lembut.

janna nick dini schatzmannFuh! Hebat betul penangan cinta Dini buat Janna. Kami doakan agar hubungan mereka kekal bahagia dan ada jodoh sehingga ke fasa seterusnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.