[Hangat] Air pancut Paolo (Paolo Fountain), Rome Italy Dicerobohi

Trending

[Hangat] Air pancut Paolo (Paolo Fountain), Rome Italy Dicerobohi

Paola Foutain

Di dalam pepatah Melayu kita akan katakan “Masuk kadang kambing mengembek, masuk kadang lembu mengauk”. Tetapi di Italy pula, meraka akan menyebut “When in Rome, do as the Romans do”.Itu lah yang cuba disampaikan oleh kerajaan negara Italy kepada semua pelancong-pelancong yang memasuki Italy.

Advertisement

Baru2 ini ramai kerajaan Italy dikejutkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan 3 orang pelancong wanita yang berbikini bermandi-manda di dalam air pancut Paolo (Paolo Fountain), Rome Italy.

Air pancut Paolo atau dipanggil “Fontana dell’Acqua Paola” di Italy merupakan bangunan bersejarah dan menjadi tempat pelancongan yang terkenal di Rome. Bangunan itu dikatakan mempunyai sejarah melebihi 400 tahun. Sewaktu kejadian itu, suhu di Rome mencecah 32 darjah selsius dan dipercayai wanita2 ini memasuki kawasan dan mandi manda di kawasan itu kerana mahu menyejukkan badan.

Polis-polis Rome dikritik hebat di internet kerana tidak menangkap dan menjatuhkan hukuman terhadap mereka. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tindakan dikenakan ke atas mereka kerana mencerobohi kawasan itu. Terdapat segelintir dari penduduk tempatan yang memuji tindakan berani wanita-wanita kerana mereka berjaya membuka mata penduduk di seluruh dunia supaya menghormati bangunan-bangunan bersejarah.

Di sini saya nak sarankan la kepada semua rakyat Malaysia supaya jaga tata tertib ketika pergi melancong. Kalau tak tau atau tak yakin tu, sila la bertanya dengan orang-orang tempatan kat sana sebelum bertindak bodoh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...