Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyelar tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa masih ikut campur urusan politik negara biarpun sudah memegang ‘kuasa’ untuk dua dekad.
PMX persoal keikhlasan Tun M bantu orang Melayu
Melalui laporan Malaysia Gazette, PMX membangkitkan persoalan tentang keikhlasan Tun M yang kononnya membela nasib orang Melayu, tetapi dalam pada masa yang sama mempunyai kekayaan luar biasa.
Sebab itu saya tak heran di Alor Setar baru-baru ini, anak dia sendiri isytihar harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih RM1 bilion, keluarga pula ada RM4 bilion tapi dia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) gagah nak lawan kerajaan sekarang, suruh kita turun.Nak perjuang untuk Melayu, silakan. Tapi kalau dah ada RM1 bilion, bagi baliklah.
Dalam pada itu, Anwar pertikaikan Tun M yang enggan ‘berehat’ dari memcampuri urusan politik walaupun sudah 24 tahun berkuasa.
“Hang duduk diam-diamlah..”
Melayu jadi macam ni siapa perintah? Hang (Tun Mahathir) jaga 24 tahun dah, duduk diam-diamlah. Harta dah banyak, duduk rumah pun tak tentu arah.
Bahkan, beliau tidak mendiamkan diri selepas dituduh zalim apabila negara di bawah pemerintahannya.
Dia kata saya zalim, rakyat tak boleh bercakap. Tapi zaman dia dulu, ramai yang kena tangkap. Jadi aku bukan macam hang, zaman hang ramai kena tangkap.