March 19th, 2014

Satu langkah yang amat bijak dan pandai oleh Hanez Suraya. Kalau Abang Nara jadi Hanez, langkah yang serupa akan diambil. Di kala kontroversi yang masih panas melanda, takut-takut apabila Hanez muncul di atas pentas untuk menyampaikan trofi kepada pemenang ABPBH2012, bukannya tepukan yang kedengaran tetapi “boo” dan cemuhan yang akan berkumandang kelak. Siapa yang akan malu? Hanez Suraya jugak.

hanez suraya tarik diri

Bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini, namun itulah hakikat yang harus ditelah oleh Hanez Suraya. Kata Hanez menerusi Berita Harian:-

Berat untuk saya membuat keputusan ini, tetapi demi kebaikan semua, saya nekad melakukannya. Saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya

hanez suraya tarik diri

Tak apalah Hanez. Buat apa jadi penyampai trofi kalau dah boleh agak apa yang terjadi. Lebih baik Hanez tarik diri. Tak perlu nak malu sendiri nanti. Tak gitu?

P.S: Akibat mencium muncung penyu


Comments are closed.

Loading...