Hanez Suraya Sedang Bersiap Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan?

Hiburan

Hanez Suraya Sedang Bersiap Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan?

Sudah lama juga kita tidak melihat Hanez Suraya berlakon bukan? Rasanya selepas berkahwin dan bergelar ibu beliau menyepi.

Advertisement

Terbaru, Hanez Suraya dikatakan sedang merencana untuk menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu persediaan beliau untuk meninggalkan dunia seni. Malah, suami beliau Romie Razin menyokong setiap keputusan yang dilakukan oleh Hanez.

Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan. Walaupun mempunyai pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukannya sendiri, termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut nanti tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon.

Sekarang, biarlah saya berkorban dulu. Buat masa ini, suami galakkan saya menceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perincian.

Sebenarnya Hanez sudah lama mahu terlibat dalam bidang perniagaan dan beliau juga tidak mahu menunggu duit daripada suami sekiranya ingin berbelanja.

Saya jenis manusia yang tidak suka menunggu duit tanpa berbuat apa-apa. Kalau teringin beli sesuatu, tidak perlu tunggu suami. Kalau berniaga, ada juga pendapatan sampingan untuk saya berbelanja.

Dulu pun saya berseloroh, kalau tidak boleh berlakon dia kena bagi saya berniaga. Syukur kerana nampaknya suami juga serius dengan perancangan ke arah itu dan tahu saya bukan main-main

Menjadi isteri, ibu dan ahli perniagaan bukanlah perkara yang mudah tetapi ia tidak mustahil. Ramai juga artis wanita yang berjaya dalam perniagaan dan hidup berkeluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...