Sudah mempunyai 2 orang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu, Romie Razin kini mengimpikan cahaya mata perempuannya untuk menyinari perkahwinannya dengan Hanez Suraya. Selain itu, Hanez Suraya juga memaklumkan yang kerjaya lakonannya kini jatuh nombor dua kerana tumpuannya kini adalah untuk suami tercinta dan anak-anak tirinya. Satu pengorbanan yang amat bagus dan mengharukan.
 Kata Hanez:-
Kerjaya lakonan kini jatuh nombor dua, sekarang ini apa yang penting adaalah anak-anak dan suami. Kami tidak merancang berhubung hal cahaya mata tetapi Romie mengharapkan anak perempuan bagi menyinari lagi perkahwinan kami. Memandangkan dua anak dari perkahwinan sebelum ini adalah anak lelaki maka Romie teringin untuk mempunyai anak perempuan pula,
Romie juga memaklumkan yang dia tidak akan menghalang Hanez Suraya untuk terus berlakon namun isterinya itu harus pandai menjaga batas sebagai seorang isteri. Kata Romie:-
Seperti yang saya katakan dari dulu lagi, saya memang tidak menghalang kerjaya seni Hanez tetapi dia perlu tahu batasnya sebagai isteri. Kalau dia bergambar dengan lelaki pun sudah boleh membuatkan saya cemburu jadi faham-fahamlah sendiri.
Lebih baik saya meluahkan isi hati dari memendam rasa kerana ianya tidak bagus dalam rumahtangga. Jika tiada sebarang halangan saya merancang untuk membawa Hanez untuk menunaikan umrah pada bulan April ini
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menjalani ibadah umrah. Semoga dalam masa terdekat ini akan dikurniakan berita gembira tentang kehadiran orang ketiga. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.