Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Dirinya Peluang Kedua

Kesian sungguh Abang Nara dengan nasib yang menimpa Hanez Suraya. Akibat kontroversinya dengan Romie sebelum ini, stesen televisyen telah mengambil keputusan untuk memboikot pelakon jelita ini. Akibatnya, apabila para penerbit mencadangkan nama Hanez untuk drama terbitan mereka, ia ditolak mentah-mentah oleh stesen televisyen. Sedih kan? Sudahlah dipandang serong oleh masyarakat kerana skandalnya, kini tak ada ‘job’ pula. Pedih!!!

hanez suraya

Advertisement

Membaca luahan hati Hanez Suraya di BiPop hujung minggu lalu membuatkan Abang Nara agak simpati dengan nasib yang menimpanya. Tulis Hanez:-

Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapa tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon.

Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama. Saya bermula dari bawah, merangkak untuk membina nama, namun kerana kesilapan lantaran terlalu mengikut kata hati, itu semua musnah.

Saya tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu.

hanez suraya

Betullah kata orang, sekali kita buat salah, semua pihak akan ingat ia sampai bila-bila. Tak kiralah sebanyak mana kebaikan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Buat Hanez, bersabarlah. Rasanya kena tunggu lama sikit lagi untuk biar masyarakat benar-benar lupa apa yang telah anda lakukan. Setahun dua lagi pasti stesen televisyen akan menerima anda kembali. Buat masa ini, tumpukan perhatian pada perniagaan. Mana tahu ada rezeki anda di situ. Tak gitu?

Advertisement

[flowplayer id=”29787″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top