Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanez Suraya Nafi Suami Tidak Izin Berlakon Punca Rumah Tangga Bergolak

Tidak dinafikan ramai yang terkejut ketika berita mengenai rumah tangga Hanez Suraya dan Romie Razin dikatakan sedang bermasalah dan mereka hampir bercerai. Pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan mereka dikatakan di media sosial. Antara yang dikatakan sebagai punca rumah tangga mereka bergolak adalah kerana Romie tidak menginzinkan Hanez untuk aktif berlakon lagi.

Advertisement

Kini hampir lebih daripada sebulan berdeiam diri, Hanez telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Hanez akui beliau agak kecewa kerana terlalu banyak spekulasi yang timbul dan sesetengahnya hanya cerita yang ditokok-tambah.

Sebenarnya kami okay saja. Tak ada apa yang berlaku antara kami. Namun, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.

Ingin dijelaskan, cerita yang kononnya saya nak kembali berlakon tapi suami tak izinkan menjadi punca pergolakan rumah tangga kami adalah tak benar sama sekali. Perkara itu tak pernah berlaku pun. Jadi, apabila terlalu banyak spekulasi, suami mula bertanya. Satu kerja pula lagi saya perlu menjelaskan kepadanya. Apa saya boleh katakan, jangan mudah percaya.

Dalam pada itu, Hanez memberitahu beliau sebelum ini berdiam diri bukan sebab mahu lari daripada pihak media tetapi ingin memberi ruang kepada diri sendiri.

Advertisement

Hanez Suraya dan Romie Razin mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top