Hanez Suraya Nafi Digugurkan Daripada Teater Projek Kahwin

Hiburan

Hanez Suraya Nafi Digugurkan Daripada Teater Projek Kahwin

Ada pihak yang membuat ancaman untuk memboikot dan membaling telur kepada Hanez Suraya ketika berlangsungnya teater Projek Kahwin yang melibatkan pelakon kontroversi ini. Susulan ancaman tersebut, desas-desus menyatakan Hanez telah pun digugurkan daripada teater itu mula tersebar. Untuk makluman, teater Projek Kahwin akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan Jun ini.

hanez teater projek kahwin

Advertisement

Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya menafikan desas-desus pengguguran tersebut. Kata Hanez:-

Setakat ini tak ada apa-apa perbincangan sama ada tarik diri atau digugurkan. Itu tak berlaku langsung. Orang luar pula pandai-pandai buat spekulasi.

Tak tahu mana datang cerita ini? Nampak sangat ada pihak pandai-pandai buat cerita. Hakikatnya belum ada aa-apa keputusan dibuat. Memang saya ada terfikir kalau benda (kontroversi) ini berlanjutan sehingga menjejaskan artis lain dalam teater itu, lebih baik saya undur diri.

Tapi buat masa ini, mereka (penerbit dan IB) tak bagi. Mereka bagi semangat agar saya jangan buat keputusan terburu-buru.

hanez teater projek kahwin

Menurut Hanez lagi, kecaman dan serangan berterus yang dilakukan terhadapnya adalah provokasi daripada pihak tertentu. Kata Hanez:-

Saya tahu siapa yang buat gerakan untuk menyerang saya habis-habisan di merata tempat. Sekarang saya kumpul bukti lengkap. Satu demi satu provokasi dicetuskan memang melampau dan sangat mengaibkan. Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang.

hanez

Gigih sungguh mereka yang menyerang dan mengecam Hanez Suraya berterusan sampai ke hari ini. Kagum juga Abang Nara dibuatnya. Namun jangan sampai lebih-lebih sangat sudahlah. Nanti Hanez saman nanti diri anda juga yang susah. Apa pun, jangan lupa saksikan Hanez dan para pelakon lain yang bakal beraksi di teater Projek Kahwin nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...