October 28th, 2014

Tak ada rezeki. Kesian juga Abang Nara dengan nasib yang menimpa Hanez Suraya ini. Malang bertimpa-timpa. Baru-baru ini Hanez memaklumkan yang dirinya bakal berlakon semula dalam telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar selepas 6 bulan digam, namun nampaknya hasrat Hanez untuk kembali beraksi tersekat sekali lagi. Hanez dikhabarkan telah ditendang keluar daripada penggambaran telefilem tersebut dan tempatnya telah digantikan oleh pelakon lain.

hanez suraya

Apa yang lebih menyedihkan ialah Hanez telah pun memberikan promosi terhadap telefilem tersebut menerusi akaun Instagramnya. Namun selepas tempatnya digantikan oleh pelakon lain, kesemua gambar-gambar tersebut terpaksa dipadamkan semula. Kata Hanez menerusi Kosmo Ahad:-

Sebenarnya saya dah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak saya digantikan dengan orang lain.

Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya.

hanez suraya

Nampak gayanya produksi tempatan masih takut untuk mengambil Hanez Suraya dalam drama/telefilem terbitan mereka kerana takut-takut tidak diterima oleh stesen televisyen. Sabarlah Hanez Suraya. Suatu hari nanti pasti nama anda akan diterima semula. Buat masa ini, tak ada yang mampu dilakukan selain berdoa agar masa itu tiba lebih cepat.

abaya jubah

P.S: Amboi cantiknya jubah Marlena yang didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dan corak ini. Pasti makin terserlah kejelitaan anda bila memakainya ke majlis kahwin. Harga pun sangat berpatutan dengan kualiti kain terbaik. Tunggu apa lagi? Banyak lagi jubah-jubah cantik untuk anda pilih di www.familynara.com. 


Comments are closed.

Loading...