Hanez Suraya Berang Ada Akaun FB Palsu Gunakan Namanya Jual Lesen Terbang

Hiburan

Hanez Suraya Berang Ada Akaun FB Palsu Gunakan Namanya Jual Lesen Terbang

Terkejut juga kami apabila ada akaun Facebook dengan nama Hanez Suraya menjual lesen terbang secara online. Rupa-rupanya itu bukanlah Hanez Suraya tetapi ada pihak yang mewujudkan akaun Facebook palsu dengan menggunakan namanya untuk menjalankan aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

Perkara itu hanya disedari oleh Hanez Suraya apabila beberapa pihak menghubungi beliau dan meminta Hanez untuk berhati-hati dengan perkara tersebut.  Malah, Hanez juga ada menerima e-mail daripada mereka yang terpedaya untuk membuat urusan berkenaan.

Advertisement

Pada mulanya saya pelik kenapa ramai yang e-mel saya untuk bertanyakan tentang urusan tersebut kerana mereka terpedaya dan menyangka ia kepunyaan saya.

Selepas itu, barulah saya kesan terdapat satu akaun yang menawarkan perkhidmatan itu. Saya sudah meninggalkan mesej agar dia berhenti mengaitkan nama saya.

Jelas Hanez, beliau mendapati akaun berkenaan diwujudkan sekitar dua tahun lepas dan ia pada asalnya satu akaun untuk memburukkan artis.

Akaun palsu itu sudah lama wujud kira-kira dua tahun lalu. Selalunya dia gunakan akaun itu untuk komen di laman-lama web artis untuk memburukkan sesuatu.

Namun, sekarang sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar lagi dengan mereka yang menggunakan nama saya untuk tujuan jenayah seperti itu.

Bengang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu, Hanez bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat agar namanya tidak lagi terbabit dalam aktiviti haram berkenaan.

Saya malas nak layan, tetapi bila fikir balik ia adalah sesuatu yang agak serius dan saya harap pihak polis ambil tindakan kepada individu tersebut.

Banyak dah individu yang menggunakan nama artis untuk mewujudkan akaun palsu dan menjalankan kegiatan haram di laman sosial. Harap orang ramai selepas ini tidak mudah terpedaya dengan kes-kes sebegini. Kalau hendakkan lesen, buatlah dengan cara betul. Tidak adalah nanti ada orang yang menjadi mangsa kerana pemanduan anda yang tidak mematuhi undang-undang.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...