February 17th, 2019

Memang sudah ada pernyataan di awal video bahawa ia hanya rekaan dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, namun ramai mendakwa kumpulan Drama Band telah menghasilkan parodi insiden minum arak di kelab malam oleh pemenang Dewi Remaja (yang gelarannya ditarik balik) baru-baru ini.

Bukan itu saja, video klip untuk lagu berjudul ‘Drama’ itu didakwa Netizen telah memparodi beberapa artis lain yang membuat gimik untuk memperkenalkan lagu, antaranya Haqiem Rusli dan Nabila Razali.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Seorang pengguna YouTube berkata agak mudah untuk mengesan parodi dalam video klip tersebut:

Namun begitu, Haneesya Hanee yang sebelum ini terlibat dalam video kontroversi kelab malam tersebut dikatakan memberi reaksi tidak puas hati terhadap video tersebut yang dianggapnya tidak kelakar melalui satu muat naik InstaStory.

Dia juga mengatakan muzik Drama Band tidak bagus.

Malah ibu Haneesya Hanee juga dikatakan meninggalkan komen tidak berpuas hati buat Drama Band mengatakan kumpulan itu ‘batak isu’.

Drama Band bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen Haneesya dan ibunya. – beautifulnara.com

Sumber: Alan Al Padat

60 responses to “Haneesya Hanee Dan Ibu Tak Puas Hati Dengan Muzik Video Drama Band?”

  1. Anonymous says:

    “she stand up for her wrong doing and tak libatkan sesiapa dalam isu ni”

    tapi …

    salahkan kawan sebab pengaruh
    salahkan kawan sebab khianat

    ceh! xde keje lain selain blame other people pastu acah2 jd mangsa alll the time..
    sebelum dewi remaja… kena buli sebab gelap… x leh sambut besday sebab muka nampak matang…. bla3. si mak pun keje backing anaaakkkk je. eii geram pulak aku

  2. Roti John Cheese says:

    Ewwwww, terasa ker sis ???

  3. peratijangantakperati says:

    heheh aku suka!! kene setepek kat ex dewi2 remaja yg terlibat..

    hohohoh!!!
    .

  4. Anonymous says:

    You haneesya should just shut up. Brave the waves yg u buat sendiri.
    X pyh nak acah2 tgh recover bagai. Fake!!! Kena fhm, org x kan lupa, 10thn akan dtg pun org tetap ungkit. If x tahan kalo, jgn jd retis….

  5. mak c kina says:

    haik??…kata nak jadi retis?…xkan cuit sikit pun dah meroyan?..
    mak ko nye spelling pun cam budak wecat..hahaha..xfaham aku…

    • QT says:

      Dia mungkin meroyan sbb dh sebulan x dpt jin & syaitonic…
      Jgn marah Neesya…
      XOXO
      Eh! XO tu kan arak…