February 17th, 2019

Memang sudah ada pernyataan di awal video bahawa ia hanya rekaan dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, namun ramai mendakwa kumpulan Drama Band telah menghasilkan parodi insiden minum arak di kelab malam oleh pemenang Dewi Remaja (yang gelarannya ditarik balik) baru-baru ini.

Bukan itu saja, video klip untuk lagu berjudul ‘Drama’ itu didakwa Netizen telah memparodi beberapa artis lain yang membuat gimik untuk memperkenalkan lagu, antaranya Haqiem Rusli dan Nabila Razali.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Seorang pengguna YouTube berkata agak mudah untuk mengesan parodi dalam video klip tersebut:

Namun begitu, Haneesya Hanee yang sebelum ini terlibat dalam video kontroversi kelab malam tersebut dikatakan memberi reaksi tidak puas hati terhadap video tersebut yang dianggapnya tidak kelakar melalui satu muat naik InstaStory.

Dia juga mengatakan muzik Drama Band tidak bagus.

Malah ibu Haneesya Hanee juga dikatakan meninggalkan komen tidak berpuas hati buat Drama Band mengatakan kumpulan itu ‘batak isu’.

Drama Band bagaimanapun belum memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen Haneesya dan ibunya. – beautifulnara.com

Sumber: Alan Al Padat

60 responses to “Haneesya Hanee Dan Ibu Tak Puas Hati Dengan Muzik Video Drama Band?”

  1. Zasss says:

    Yg haram tetap haram. Dosa Haneesya dgn Allah maybe dia dah bertaubat yg kita tak tahu. Tapi si Aepul and the geng ni pulak, sanggup bersolek and berpakaian macam wanita untuk apa? Rating? Marketkan lagu baru? Tah pape tah

  2. Anonymous says:

    Jgn terasalh apa org nk parodykn ttg perangai kamu tu, dh sah2 perangai tu hauk budak2 muda n bwh umur dh masuk club mlm tmbh plk minum Arak..ish…tak boleh nk terimalh perangai tu. Benda dh berlaku terimalh akibatnya, mak haneesya tu cuba duk diam2 fikir cara waras.

  3. Wtf says:

    Sendiri buat salah, sendiri lak rase orang lain lak yg berlaku tak adil pada dia. Hello nak depression ape jadahnye i cannot brain la. Kau buat salah, pastu tkantoi sbb Tuhan tu nak bagi kau pengajaran. Ape nak salahkan org lain pulak?! Ye betul la salahkan org lain sbb tak nak nampak salah sendiri. Denial

  4. Wtf says:

    Sendiri buat salah, sendiri lak rase orang lain lak yg berlaku tak adil pada dia. Hello nak depression ape jadahnye i cannot brain la. Kau buat salah, pastu tkantoi sbb Tuhan tu nak bagi kau pengajaran. Ape nak salahkan org lain pulak?! Ye betul la salahkan org lain sbb tak nak nampak salah sendiri. Denial

  5. Muhasabah diri says:

    Makcik .. ini pendapat ikhlas sy ye.. Kalau makcik betul2 syg anak makcik.. x menjadikan dia antara penyebab makcik ditarik ke neraka nanti.. Carikanla anak makcik satu kerjaya atau pendapatan walau hanya dgn membuat kuih .. InsyaAllah pendapatan yg halal dan diberkati.. sebab pada pandangan sy dosa bkn hanya terletak atas pegi club, minum arak. Tapi dgn aurat terdedah satu malaysia tgk. Walaupun hanya niat mencari rezeki.. saya harap makcik faham apa yg sy maksudkan. Semoga makcik sekeluarga sentiasa dilimpahkan ilmu , rezeki dlm pelbagai bentuk.