Pelakon dan model, Haneesya Hanee, 25, mendedahkan dirinya menjadi mangsa penganiayaan pihak tidak bertanggungjawab selepas gambar beliau mengenakan tudung tetapi menampakkan paha tersebar di media sosial.
Akibat penyebaran gambar itu, Haneesya menerima kecaman hebat dan dituduh mempermainkan agama Islam.
Ulasnya dengan rasa kesal,
Ketika itu sesi fotografi untuk jenama berkenaan sudah selesai dan saya bersiap untuk pulang. Tiba-tiba mereka meminta beberapa lagi gambar saya memakai hijab. Awalnya saya menolak kerana pakaian tidak sesuai, tetapi akhirnya bersetuju kerana hanya mahu ambil gambar close-up. Saya sudah berulang kali pesan agar jangan rakam seluruh badan saya.
Jelasnya lagi,
Namun, gambar itu tetap ditayangkan dan menjadi foto pertama yang dimuat naik. Saya rasa teraniaya.
Haneesya mendedahkan perkara ini dalam program ‘No Filter’ musim kedua yang dikendalikan oleh Elly Mazlein. Dia juga tidak menolak kemungkinan dirinya dijadikan bahan kontroversi untuk mempopularkan jenama tersebut.