“Hancur ‘Masjid’ Itu Beri Kejayaan Pada Syaitan” – Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah Isu Berdoa Supaya Diceraikan Suami

Hiburan

“Hancur ‘Masjid’ Itu Beri Kejayaan Pada Syaitan” – Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah Isu Berdoa Supaya Diceraikan Suami

Ustaz Ahmad Dusuki baru-baru ini ada membuat satu hantaran di Instagram yang menegur pelakon Puteri Sarah berhubung kes perceraian bersama pengarah Syamsul Yusof.

Dalam hantaran tersebut, pendakwah itu memberi nasihat kepada orang ramai agar berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga daripada berakhir dengan perceraian jika terdapat konflik dan masalah.

Advertisement

Ustaz Ahmad Dusuki juga memuat naik tangkap layar sebuah artikel berita yang memaparkan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia berdoa supaya diceraikan.

Berusahalah untuk kebaikan kemudian berdoalah kepada Allah, sebaiknya berusahalah menyelamatkan setiap ‘masjid’ yang dibina dari kehancuran.

Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan di atas setiap perancangan mereka, kita pula berusaha menyelamatkan binaan yang indah ini.

Dia dalam pada itu turut meninggalkan pesanan kepada umat Islam agar tidak terlalu melayan gangguan syaitan dan emosi dalam membina keluarga mukmin.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon telah ditinggalkan oleh netizen berhubung isu tersebut. Rata-ratanya beranggapan Puteri Sarah sudah lama berjuang berhabisan dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Syamsul.

Ira KAzar saman selesai
2 years ago

Kes Saman Puteri Sarah Liyana Terhadap Ira Kazar Telah Selesai - Peguam Syamsul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...