“Hancur Hati Saya Tengok..” – Netizen Sedih Lihat Jutaan Buku Di BookXcess Ditenggelami Air

Kehidupan

“Hancur Hati Saya Tengok..” – Netizen Sedih Lihat Jutaan Buku Di BookXcess Ditenggelami Air

Sedih tengok apabila salah satu kedai buku yang cukup popular di kalangan pembaca iaitu BookXcess ditenggelami air akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Sedia maklum, banyak bisnes dan perniagaan yang terjejas akibat banjir kilat yang dihadapi minggu lalu dan kedai buku dikenali ramai itu juga tidak terkecuali.

Advertisement

Terdapat satu video yang dimuat naik sendiri oleh pihak BookXcess memaparkan keadaan buku-buku di dalam kedai itu sedang terampung di atas air banjir dan boleh dikatakan berlaku kerosakkan yang teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BookXcess (@bookxcess)

Difahamkan kedai buku yang terletak di Taman Alam Indah, Shah Alam itu mengalami masalah terputusnya bekalan elektrik, namun pekerja disitu tetap berusaha menyelamatkan buku-buku yang masih belum rosak akibat terkena air banjir itu.

Ia keadaan yang sangat sedih apabila melihat buku yang tak terkira banyaknya rosak dan berselerak di merata tempat.

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata meluahkan rasa sedih apabila melihat jutaan buku telah rosak serta tidak lupa juga, warganet meminta agar pihak BookXcess untuk tabah menghadapi kerugian besar ini.

Instagram BookXcessSumber : Instagram 

Sedihnya tengok buku-buku tu rosak.. Stay strong BookXcess dan semua yang terkesan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkaitan dengan isu banjir pada pautan di bawah.

Tanah mendap di Gombak
2 years ago

Hujan Lebat Berterusan, Jalan Lama Gombak Ditutup Akibat Tanah Mendap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...