Seperti yang ramai tahu, aktres Nabila Huda gemar berkongsi kehidupan sehariannya bersama suami dan anak perempuannya, Keisha Laila di Instagram.
Nabila atau mesra dipanggil Abil itu sering memuat naik video berkongsi tentang apa yang dimasak olehnya pada hari tersebut buat bekalan Keisha ke sekolah.
Namun baru-baru ini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu meluahkan kesedihannya kerana tidak dapat berbuat sedemikian kerana sudah mula sibuk dengan kerja semula.
Dah hampir seminggu dah tak masuk dapur. Hancur berderai hati ni. Rasa gagal jadi seorang perempuan.
Saya sedih tak dapat langsung nak masak untuk suami & anak sebab dah start kerja..Almost a week dah tak masuk kitchen..Hancur berderai hati ni..Rasa gagal jadi seorang perempuan..Done luah kan perasaan!🥺
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 18, 2023
Bagi aktres berusia 38 tahun itu, dia perlu memberikan yang terbaik untuk keluarganya namun ramai warganet memberikan kata-kata positif buat Abil.
Ramai wanita memberi kata dorongan mengatakan dia sama sekali tidak gagal dan anggap sahaja kesibukan kerja dan kekangan masa itu adalah untuknya berehat daripada memasak.