Konflik rumah tangga Pencetus Ummah Abu, sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah bebas itu curang lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya. Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah spekulasi semata-mata.
Terbaru, Hana memberitahu dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing dan mereka dalam proses bercerai kerana tidak ada lagi persefahaman.
Jodoh tak lama
Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.
AdvertisementDah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.
Sudah jemu dan muak
Tambah Hana lagi, isu rumah tangganya itu bukan lagi satu perkara baharu dan mengakui sudah mulai jemu dan muak dengan keadaan tersebut.
Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.
Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.
Kifarah?
Sudah lali dengan kecaman netizen, Hana berkata dia tidak terkesan dengan segala kata-kata penghinaan terhadap dirinya dan dengan dakwaan kifarah buatnya.
Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain).
Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap.
Hana baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu. Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertamanya dengan PU Abu.

Bangun
February 15, 2020 at 8:43 pm
Terima kasih kerana walaupun anda rock tp anda tak curang. Kali ni sy nekad selepas berkali2 beri peluang. Cukup lah.
Anonymous
February 15, 2020 at 11:01 am
macam johan. aku suka dia. nampak gitu tapi bela jozlin n anak2 elok sangat2
Farah
February 15, 2020 at 7:40 am
Bravo Sue..spot on what uve written..
Suka perhatian
February 15, 2020 at 2:01 am
Attention seeker..bkn nk bercerai pun..kecoh je lebih..nk publisiti
Ayoi
February 14, 2020 at 7:18 pm
Tggu kwn2 abu ni komen..terutama si PU amin tu…klu isu lain laju je ko mengomen…mcm2 ckp…siap kuar dalil quran, hadis bagai..kne kat kaum ko sndri x nk pulak komen…tlg laa jgn buat malu kaum lelaki…dan tlg laa jgn perguna agama tuk kepentingan korg sndri..kesian kami2 y ade gelaran PU, Daie dan ustaz kat depan ni…x psl2 kne tempias wlpn ade je lelaki y masih bertggjwb wlpn bkn ade background agama..tp korg y ade background agama ni sepatutnya lg malu dan lg tau tggjwb…kkdg aku rs elok lg perangai laki y luaran nmpk rock tp sgt bertggjwb berbndg dgn laki luaran nmpk alim, pakai kopiah tp haprak dan hampeh..rock2 aku pun aku x penah nk curang kat bini aku…