February 14th, 2020

Konflik rumah tangga Pencetus Ummah Abu, sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah bebas itu curang lagi dan turut mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya. Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah spekulasi semata-mata.

hana azraa pu abu bercerai

Terbaru, Hana memberitahu dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing dan mereka dalam proses bercerai kerana tidak ada lagi persefahaman.

Jodoh tak lama

hana azraa pu abu cerai

 

Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.

Sudah jemu dan muak

pu abu hana azraa

 

Tambah Hana lagi, isu rumah tangganya itu bukan lagi satu perkara baharu dan mengakui sudah mulai jemu dan muak dengan keadaan tersebut.

Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.

Kifarah?

hana azraa pu abu bercerai

Sudah lali dengan kecaman netizen, Hana berkata dia tidak terkesan dengan segala kata-kata penghinaan terhadap dirinya dan dengan dakwaan kifarah buatnya.

Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain).

Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap.

Hana baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu. Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertamanya dengan PU Abu.

Sumber Berita : Harian Metro


12 responses to “Hana Azraa Mengaku Sudah Jemu Dan Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu”

  1. finamusa says:

    Maaf nk ckp kifarah tetap pada Hana juga, kalau dia kahwin ngan Abu selepas Abu tu bercerai takpe
    Ini dia skandal waktu Abu tu ada bini! So takde simpati padamu Hana

    Tinggal Abu jelah turn untuk kifarah pulak

  2. Anonymous says:

    abu ni muka mcm orang hutan pon orang nak. tak paham aku

  3. korok says:

    ko ingat ko yg bongsu ye skli si abu buat hal…hehehe…mesti tebal muka skrg…ingat dh menang…

  4. Anonymous says:

    Sue … Ustaz usraz mana you boleh kutuk .
    Kan mereka mereka ni manusia terpilih …

    Apa buat semua betul

  5. Sue says:

    Nak kata kifarah, yes maybe. But I think it also tepat kalau kita simpulkan si Abu ni memang gatai miang to the core! So, tak kiralah dengan isteri yang ke berapa pun, 1st, 2nd, 3rd, 4th, etc – chances are it will happen again and again and again. Text & engage dgn pompuan bagai. I rasa Abu has this addiction.
    Rasanya the first person yang cakap tentang you will reap what you sow kat Hana & si Abu ni gatai miang was Wardina Safiyya. Haaa kan dah terbukti? Kifarah ke, tak kifarah ke, whatever we do ada implikasinya – a special message to the both of you.
    p/s: Abu, you met your match. Buku bertemu ruas. Hana is not the type of doormat you think you can make her be. You got dumped this time!
    Pada PU dan Da’i bagai, tolong jangan pilih kasih. I hope you can comment more on tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami, ayah dan ketua keluarga semasa masih berkahwin dan selepas bercerai. I think korang tau masalah keluarga Islam masyarakat kita banyak berpunca daripada lelaki tak bertanggungjawab. So do something please. Jangan sampai bab laki jer double standard. takut nak komen sebab tau diri pun tak perfect. Tapi bab pompuan laju pulak korang komen, isteri kena mcm ni mcm tu.

Loading...