Hana Azraa Beri Gambaran Sedang Hamil Anak PU Abu?

Hiburan

Hana Azraa Beri Gambaran Sedang Hamil Anak PU Abu?

Sebelum ini hubungan Hana Azraa dan PU Abu dihimpit kontroversi gara-gara menceraikan bekas isterinya Ain Afini ketika sedang sarat hamil. Tidak dinafikan, meskipun mereka bukanlah artis popular, kisah mereka cukup hangat diperkatakan di media sosial. Kini, Ain sudah pun melahirkan anaknya bersama PU Abu.


Terbaru, Hana pula seakan memberikan gambaran dia kini sedang hamil. Menerusi Insta Stories, Hana memuat naik video ketika dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil.

Advertisement

Bagaimanapun, buat masa ini Hana menerusi portal mStar Online berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik.

Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri.

Malah, PU Abu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Terdahulu, nama Hana dikaitkan sebagai orang ketiga punca perceraian antara PU Abu dan Ain. Mereka kemudiannya didakwa bernikah secara senyap di Thailand tetapi pendakwah bebas itu menafikannya dan memberitahu mereka berkahwin di Malaysia.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...