Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hana Azraa Beri Gambaran Sedang Hamil Anak PU Abu?

Sebelum ini hubungan Hana Azraa dan PU Abu dihimpit kontroversi gara-gara menceraikan bekas isterinya Ain Afini ketika sedang sarat hamil. Tidak dinafikan, meskipun mereka bukanlah artis popular, kisah mereka cukup hangat diperkatakan di media sosial. Kini, Ain sudah pun melahirkan anaknya bersama PU Abu.


Terbaru, Hana pula seakan memberikan gambaran dia kini sedang hamil. Menerusi Insta Stories, Hana memuat naik video ketika dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil.

Advertisement

Bagaimanapun, buat masa ini Hana menerusi portal mStar Online berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita baik.

Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri.

Advertisement

Malah, PU Abu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Terdahulu, nama Hana dikaitkan sebagai orang ketiga punca perceraian antara PU Abu dan Ain. Mereka kemudiannya didakwa bernikah secara senyap di Thailand tetapi pendakwah bebas itu menafikannya dan memberitahu mereka berkahwin di Malaysia.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 Comments

  1. dara

    July 10, 2019 at 12:37 pm

    MUAK LA DENGAN KISAH DIAORANG NIH!!!!

  2. Elliza Razak

    July 9, 2019 at 7:08 pm

    BETINA MUSLIMAH JALANG INI LAGI

  3. Anonymous

    July 9, 2019 at 6:26 pm

    Hak tui

  4. Kekwabiru

    July 9, 2019 at 5:04 pm

    Kalau betul si hana azra ni pregnant, kesian pulak bila pikir anak dlm perut tu.. Mak bapak dia yg buat perangai.. Harap kita x menghina atau mengeji anak dalam perut tu.. Dia xtau apa2.. Mak bapak dia yg macam #:’[email protected]$!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top