Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Advertisement

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang  memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. – beautifulnara via HM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

78 Comments

  1. roro

    February 27, 2018 at 3:25 am

    Galak sungguh org sokong watie ni walaupun dh terang lagi bersuluh watie salah. Tak guna tegakkan benang basah. Hana tolong dia masa dia susah. Cuba pikir bila korang tolong kawan tapi kawan buat celaka dekat korang. Apa korang rasa? Lepas tu acah teraniaya. Gigih lahanat yg sokong watie ni. Ntah2 watie or joey duk reply sini eh?

  2. Anonymous

    February 26, 2018 at 11:36 pm

    aku sokong hana.. doa lah tak jd kt kita yer.. si watie dah seronok pakai wish tp xmo byr.. ape jenis org pape asal bergaye

  3. Fan Lofa

    February 26, 2018 at 7:11 pm

    Marilah kita sokong Watie…

  4. Anonymous

    February 26, 2018 at 6:24 pm

    keadilan buat joey…tetiberrr.

  5. my wish love u

    February 26, 2018 at 5:17 pm

    kalau tgk cite kat info media ni — loan atas nama Hana (utang loan ade agreement, mcmane pun mmg Hana yg kena), cume hana ada bukti keta tu watie pakai..
    (watie plak hutang hana takde agreement) (loan pakai mulut..bukti yg x berapa relevan di court). di sini mungkinnn watie nak ambil peluang terakhir lawan habis2an. ke tgk sebagai tauladan ye.
    pstt: SEKARANG keMANE dah pulak KETA TU ..dah jual ker atau watie masih guna?

    • Anonymous

      February 26, 2018 at 5:30 pm

      Klu tak silap keta tu pun dh ditukar oleh watie. Klu tak silapla.

    • Anonymous

      February 26, 2018 at 7:05 pm

      Dah tolak le tuuu..

    • Anon

      February 27, 2018 at 6:13 am

      Biarpun ada cara utk lepaskan diri dr segi undang2, jangan lah terus-terusan aniaya kawan yg pernah tolong masa kita susah dan menanggung akibat dr pertolongan itu…bertgjawab lah atas perbuatan sendiri…ingat, doa org yg teraniaya ni tanpa hijab, terus smpai ke langit Allah terima yer…cukup2 lah tu.

Loading...