Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Kes Toyota Wish: “Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri” – Joey

Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Advertisement

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang  memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. – beautifulnara via HM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

78 Comments

  1. Melayu

    February 26, 2018 at 5:08 pm

    Kalau dah berhutang tu, bayar je lah. Jenis org berhutang tapi rasa diri dianiyai ke apa. Macam2 hal artis Melayu ni. Nampak kat Instagram hidup kaya raya mewah tapi hutang sana sini. Bercuti luar negara macam kerabat jutawan, tapi hutang tak nak bayar.

  2. traumaygmelanda

    February 26, 2018 at 5:02 pm

    laki bini sama bimbo. tang mana teraniaya tu?

  3. Anonymous

    February 26, 2018 at 5:01 pm

    Dh terang2 dirik tu berslh still jugak rasa dirik tu teraniaya..itu lah..tak ukur baju di badan sendiri..yg ko beli wish tu pahal..bulanan pun tak mampu nak byr..kwn ko sendiri yg jd mangsa ko!!

  4. Anonymous

    February 26, 2018 at 4:24 pm

    daripada ko sibuk nak bukak kes bagai yg dah mahkamah tetapkan ko bayar sekian2 baiklah ko bayar sebelum penalti ko tu makin lama makin naik, nak bukak kes bukak laa tapi akak nasehatkan ko bayar ler jugak sbb penalti cmne pon tetap berjalan ok!

  5. Anonymous

    February 26, 2018 at 4:22 pm

    Nk melengah-lengah la tu….

Loading...