“Han Tak Balas, Saya Faham Mungkin Dia..” – Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak, Nafi Menghilangkan Diri

Kehidupan

“Han Tak Balas, Saya Faham Mungkin Dia..” – Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak, Nafi Menghilangkan Diri

Pempengaruh media sosial Cik Epal memaklumkan dia lebih memilih untuk mendiamkan diri apabila bekas suaminya, Jofliam ada memuat naik video berbaur teguran melibatkan dirinya.

Kata Cik Epal, dia enggan memanjangkan lagi isu perceraian tersebut kerana enggan mengaibkan mana-mana pihak.

Advertisement

Saya tak nak benda ni berlarutan. Saya sebenarnya nak bercerai dengan cara yang baik.

Ketika ditanyakan mengenai teguran bekas suaminya itu mengenai isu menjaga maruah dalam tempoh Iddah, Cik Epal tampil memohon maaf.

Betul saya masih lagi dalam iddah. Saya minta maaf itu kesilapan saya. Saya akan perbaiki kelemahan saya.

Cik Epal dalam pada itu menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghilangkan diri seperti yang didakwa Jofliam dalam video yang tular itu.

Saya bukan menghilang. Saya tengah ambil masa tenangkan diri saya. Tidak sesekali saya melupakan anak-anak saya. Saya ada call dan whatsapp dengan Han untuk tanya khabar Han dan Yuki.

Tapi Han tak balas. Saya faham mungkin anak-anak saya sedang bercuti.

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa dirinya mendapat sumber kekuatan daripada ahli keluarga dan mentuanya dalam menghadapi konflik rumah tangga.

Semua keluarga saya dan keluarga mentua saya tak berhenti tanya khabar saya, support saya. Mereka salah satu punca kekuatan saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jofliam tegur cik epal hormat diri ketika iddah
2 months ago

"Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak.." - Jofliam 'Sound' Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...