May 26th, 2020

Walaupun sambutan Syawal pada tahun ini berbeza buat semua rakyat Malaysia, pasti masih ada lagi keriangan dalam sambutan.

arwah abam bocey

Namun, sambutan Syawal pada tahun ini untuk isteri Allayarham Abam Bocey, Nur Hidayah Mohd Ali ternyata suram dan dipenuhi kesedihan.

Advertisement

Saya rindu sangat dengan arwah Abam. Perkara yang saya paling rindu adalah persiapan raya yang memang arwah lakukan. Biasanya dia pergi beli langsir, baju raya dan sebagainya untuk raya tapi tahun ini sekelip mata semua itu sudah tiada

Tambahnya lagi, beliau tidak dapat menggambarkan kesedihan dan kesayuan melihat wajah anak kecilnya, Hamzah yang beraya tanpa kehadiran seorang bapa.

Persiapan raya untuk tahun ini sekadar untuk Hamzah saja sebab tahun pertama dia. Saya belikannya baju raya, songkok, tanjak dan sampin. Dia suka sangat tapi dalam kesukaannya itu, dia tetap menyebut ‘ayah’ ‘ayah’. Hanya Allah yang tahu perasaan saya

Ujarnya lagi, jika arwah masih ada lagi, arwah orang yang paling excited nak bersiap untuk beraya besrsama anak dan isteri.

Advertisement

Beliau juga meluahkan perasaan seakan-akan lumpuh separuh badan bila dalam sekelip mata sahaja, suami yang tercinta sudah tiada lagi.

Tetapi, apakan daya, Allah lebih menyayangi Arwah Abam Bocey. Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey (Syend Umark Mokhtar Syed Ridzuan) telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sebak dan sayu hati Abang Nara apabila membaca luahan hati balu arwah Abam Bocey nie.

Bertabahlah Hidayah, segala yang terjadi adalah ujian dari Allah. Kami doakan agar Arwah Abam sentiasa dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber : Harian Metro

Advertisement

6 responses to ““Hamzah Masih Lagi Memanggil Ayah”, Sambutan Syawal Balu Arwah Abam Bocey Dipenuhi Kesedihan”

  1. Anonymous says:

    hanya org yg pernah merasa kehilangaan org yg di sayangi aje yg fhm bertapa sakit nya merindu org yg tlh tiada, ni baru thn pertama dayah mengalami nya pasti lh dia masih teringat peristiwa menyambut raya thn lps

    • Anonymous says:

      Betul la hanya dia yang merasa. Tapi bila gaya menangani kedukaan dah makin pelik, macam menggunakan Hamzah utk popular. Risau masyarakat lupa abam. Orang lain pun kehilangan tapi kita yang beragama Islam ada cara kita utk bersedih. Besarkan anak itu sebaiknya. Kenapa buat anak itu confuse ayahnya masih ada.

  2. Anonymous says:

    macam sesuatu jugakla kau ni pun dayah. dok amek gambar raya ngan gambar arwah. baik ko letak kalung bunga je atas gambar arwah tu. dah menyerupai kaum kristian and budha dah tu. stop lah riding the coat tail, carik kehidupan sendiri.

    • Mata mata says:

      Awak masih muda. Perjalanan masih jauh. Kalau jumpa lelaki yg baik utk dijadikan suami kahwin lah. Kehidupan perlu diteruskan dgn gembira. Ape2 pun sentiasa berdoa dgn Allah utk diri dan anak. .dn yg dah pergi

  3. Anonymous says:

    Udah la tu. Macam scary pun ye. Amik pic dgn pic arwah. Besarkan Hamzah elok2 jgn besarkan macam make believe abam masih ada. Kesian anak nak membesar emosi terganggu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...