Hamza Bendelladj Pengodam Yang Kononnya Hero Dihukum 15 Tahun Penjara Oleh Mahkamah US

Trending

Hamza Bendelladj Pengodam Yang Kononnya Hero Dihukum 15 Tahun Penjara Oleh Mahkamah US

algerian godam bank yahudfi

Hamza Bendelladj 27 seorang pengodam warga Algeria dihukum 15 tahun penjara oleh mahkamah amerika syarikat atas kesalahan membangun dan menyebarkan virus.

Advertisement

Beliau telah dituduh atas 10 kesalahan penipuan transaksi, satu kelasahan berkomplot untuk melakukan penipuan komputer dan penyalahgunaan, dan 11 tuduhan penipuan komputer dan penyalahgunaan. Beliau bakal menghadapi 60 tahun penjara dan $24m denda. Namum beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mengaku bersalah atas semua tuduhan bagi meringankan hukuman. Hukuman penjara 60 tahun telah dikurangkan ke 15 tahun.

Bendelladj bersubahat dengan Aleksandr Russian Andreevich Panin melakukan jenayah cyber untuk mencuri wang dari akaun bank individu dan institusi yang melibatkan jutaan USD di Amerika Syarikat. Nilai jenayah yang dilakukan dianggarkan hampir USD 100juta.

Pada 2013 Bendelladj ditangkap sewaktu transit di Thailand semasa menaiki penerbangan dari Malaysia ke Algeria dan dihantar ke US untuk pengadilan.

Virus SpyEye yang dicipta oleh Bendelladj ini telah menyerang lebih 50 juta komputer sejak active dati tahun 2010 hingga 2012 dan virus ini telah menyebabkan institusi kewangan dari seluruh dunia kerugian lebih 1 billion USD.

Bendelladj pernah menjadi viral apabila dikatakan beliau telah digantung mati kerana mengodam bank yahudi dan memindahkan duit kepada account bank di Palestine untuk tujuan pembangunan. Sebenarnya duit yang diambil tidak satu sen pun dihantar ke Palestine. Duit tersebut hanya digunakan untuk tujuan peribadi beliau dan rakan subahatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...