Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan bahawa dia hampir menangguhkan pengambilan vaksin ketika sedang sarat hamil anak kedua kerana tidak yakin dan bimbang kesan sampingannya terhadap kesihatan diri dan juga kandungan.
Namun, Tasha berubah fikiran setelah memikirkan tentang kesan dan dalam pada masa yang sama turut meminta nasihat doktor bertauliah.
View this post on Instagram
Dia kemudiannya melengkapkan diri dengan perlindungan daripada wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin yang bersesuaian.
Hampir nak tangguh vaksin sebenarnya..sebab takut kesan pada baby dan kesihatan tapi mengenangkan kesannya kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk nauzubillah. Jadi saya ambil keputusan untuk ambil vaksin.
Tasha dilihat berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Dia turut berkongsikan momen-momen dan juga pengalaman ketika mengambil vaksin dan memaklumkan bahawa dirinya tidak mengalami kesan yang teruk selepas pengambilan serta segalanya berjalan dengan lancar.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Bukan Aku ini juga menyeru agar ibu-ibu hamil untuk segera mendapatkan vaksin sebagai perlindungan tambahan sebelum terlambat.
Sekadar info, Tasha telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 yang lalu dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muamar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.