Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hampir Tiba Ke Penghujung Tahun, Shahir Masih Belum Ada Tarikh Sesuai Kahwin Erra Fazira

Beberapa kali menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Erra Fazira pada tahun ini dan sudah bersedia untuk menjadi bapa segera dan menjaga anak Erra iaitu Engku Aleesya dengna baik, bekas peserta Akademi Fantasia, Shahir Zawawi sehingga kini masih belum menjumpai tarikh yang sesuai untuk berkahwin dengan Erra.

Advertisement

Ramai yang ternanti dan tidak kurang juga ada yang mengecam Shahir hanya berangan sahaja mahu berkahwin dengan Erra sedangkan mereka sebenarnya tiada apa-apa hubungan.

Bagaimanapun, Shahir nampaknya terus bersikap positif dan berjanji tidak akan merahsiakan perkahwinannya dengan Erra jika segalanya sudah ditentukan nanti.

Insya-Allah, jika kami kahwin nanti, saya tak sorok dan akan beritahu kepada semua. Benda baik begini elok diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah kerana jika kita berahsia matlamat perkahwinan itu tidak sampai. Jadi, tak ada alasan nak sorok perkahwinan dan saya janji akan umum tentang hal itu apabila tiba waktunya.

Saya sedar ada tiga bulan sahaja lagi sebelum penutup 2018, tapi apa yang boleh saya kata kita merancang, kalau sampai waktunya kita akan beritahu. Sekarang ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan sedang mencari-cari masa yang sesuai, cumanya belum jumpa tarikh sebenar lagi.

Harapnya hasrat Shahir itu akan termakbul satu hari nanti. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 Comments

  1. sukati

    September 3, 2018 at 4:30 pm

    Ikot engko lah sahey

  2. awie

    September 3, 2018 at 3:09 pm

    rasanya erra tahu apa dia buat.
    entah2 shahir ni cover erra jer supaya org tak kacau.
    manalah tahu kan.
    kl nak yg kaya stakat erra tu petik jari je.
    tapi sejarah erra dia bukan materialistik.

  3. Anonymous

    September 3, 2018 at 1:37 pm

    erra jgk yg nmpk janda stupid… 2x dah oiiii masih tunggu jgk nak berlaki jenis liat byr hutang… tgk ex husband yg makin happy… lisa & bella jgk yg untung kawin2 dpt tinggal banglo ex husband sediakan… erra nk tunggu banglo sewa shahir ni yg takpenah bayar

  4. aku

    September 3, 2018 at 12:46 pm

    sebenarnya erra dah jumpa ruas , benda baik datang sekali je, smaada yusry or engku emran..so now yang dtg beginilah sifatnya

    • perhati je

      September 3, 2018 at 1:16 pm

      Lagi nak kaitkan dengan bekas suami… kita tak tahu kisah di sebalik kisah..mereka dah berkahwin lain..Jodoh setakat itu sahaja.Siapa pun pilihan Erra, itulah yg Allah telah tetapkan. Mungkin x husband Erra baik, tetapi mereka bukanlah jodoh Erra ke akhir hayat. Aku tak minat Sahir, tetapi jika dia yg Erra pilih, terpulang..susah payah rumah tangga, mereka yg akan hadap, bukan orang lain.Jaga diri sendiri lebih baik..dan doakan yg terbaik pada orang lain..itu lebih bagus…

  5. bibik_cun

    September 3, 2018 at 12:07 pm

    erra nk jd mcm che ta.. tp maybe che ta rezeki menyebelahi die.. kawin muda menjadi.. tp erra pnya kes ni.. takut sebaliknya.. wallahualam.. (tp shahir pandai ckp nk tggu tarikh sesuai.. bg ppuan harapan) poorahhhh!!!!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama