Hampir ‘Terputus’ Leher Terkena Jerat Tali Pancing

Trending

Hampir ‘Terputus’ Leher Terkena Jerat Tali Pancing

Seorang penunggang motosikal berkongsi detik yang mengerikan ketika melalui lebuhraya DUKE berdekatan Gombak.

Advertisement

Dia yang hampir ‘dipenggal’ ketika menunggang kerana terkena jerat yang dipasang, iaitu tali pancing dengan permukaan yang kasar. Tali itu dipasangkan di lorong motosikal dipercayai merupakan teknik untuk menyamun para penunggang yang lalu di situ.

Tindakan yang dianggap tidak berhati perut itu telah menjadikannya mangsa sehingga mencederakan lehernya. Bukan itu sahaja, helmetnya juga terkoyak dan rosak akibat impak terkena tali tersebut walaupun dia hanya menunggang dengan kelajuan yang perlahan.

Jadi, orang ramai terutamanya para penunggang motosikal diharap berhati-hati dan mengambil perkara ini dengan serious serta menyebarkan berita ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Yang paling penting, diharap sesiapa sahaja yang melakukan perkara ini mendapat hukuman setimpal.

Sumber: Afiq Izwan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...